Sunday, November 8, 2009

Umpan tapa Buatan Malaysian...terbaik untuk pancing baung dan lampam

Bahan-bahannya.....

1. Perut ayam (potong-potong dalam 2-3 cm)
2. Minyak kelapa (kalau boleh masak sendiri pakai santan - nak jimat kos )
3. Telur itik 2-3 biji ( hanyir dia menawan kalbu )
4. Kelapa parut
5. Beras digoreng tanpa minyak sampai hitam
6. Hati ayam blender sampai hancur
7. Ajinomoto dan sewaktu dengannya peket kecik harga 0.30 sen
8. Tempoyak sikit dalam 1 senduk kecil,bagi masam skit.

Cara-caranya :

cari bekas/botol kaca jgn pakai plastik takut pecah,masukkan kesemua adunan tadi serentak dan biarkan di atas satu hari satu malam(berembun) jgn tutup penutup,pastu tutup balang tu dan simpan dalam stor atau tanam dalam tanah takut bau.simpan sekurang2nya dalam 1 minggu.nak power dalam 1 bulan.tapi teman selalu dalam 1 minggu aje.Ini resepi turun temurun orang di bota,perak.Cuma tambahan ajinomoto aje. selalunya letak dalam bubu.

p/s : kalau nak lagi power lebihkan telur itik tu.bau dia lagi kuat dari telur ayam dan hanyir.Minyak kelapa jangan banyak,cukup sekadar basah sahaja.

Bila mancen pakai mata tunggal atau kembar . saiz mata no 9-11 dan lilitkan aje perut yang reput tu kat mata kail hingga mata kail tak nampak.Itu umpan killer lampam tu.Perut jgn basuh tau biarkan serodak beras tu ada skali.Baung pun teman selalu dapat setiap kali mancen pakai umpan nie.tak pernah mengecewakan lagi.kalau lampam memang leh buat kenduri.


by pancing.net

3 comments:

Knowledge Hunter and a Thinker said...

Terima kasih dengan tip tersebut. Tumpang tanya boleh, bilakah masa yang paling sesuai memancing baung?

Anonymous said...

Mengikut petua orang dulu2, memancing baung sngt berkesan semasa baung tengah lapar...hehe...

budakserdang13 said...

selepas hujan....dan ketika air agak keruh

Post a Comment