Friday, October 9, 2009

D.I.Y batu ladung....

Bahan-bahan :

1. Timah yang telah siap di masak ( ambik dari bateri yang dh kong )
2. Kayu yang telah siap di tebuk (Saiz tebukan bergantung keperluan sendiri)
3. Paku
4. Bekas takungan timah masak.

Proses-prosesnya :



1.Panaskan terlebih dahulu timah sehingga beliau cair secukup rasa. Awas!! jgn rasa dgn lidah...



2.Tuangkan perlahan-lahan kedalam bekas acuan yakni kayu yang di tebuk tadi..jgn lupa letakkan paku di tengah2 lubang tersebut..

3. antara hasil di pertengahan proses..



4.biarkan ia membeku dan mengering..hehhehe



5.Keluarkan timah yang sudah kering@beku tadi dengan menggunakan player..blasah la player ape pun...



6Rendamkan ke dalam bekas yang berisi air supaya proses penyejukkan dpt dilakukan dengan pantas..



7.Batu ladung yang telah sejuk....dh bleh pegang ngan tangan dh nie....dan cabut la paku tue dari batu ladung tersebut...



8.taraaa.....siap la sudah batu ladung buatan sendiri....


p/s : tak la terase hiba sangat mengenangkan batu ladung hilang kerna dek tersangkut memanjang....hehhe...

copy right Pancing.net members...

ni lagu ni

is this real?or somebody else?steve irwin or???

croc hunter

Crocodile Hunter

MELBOURNE 4 Sept. ? Steve Irwin ?The Crocodile Hunter?, yang dikenali ramai di seluruh dunia melalui siri dokumentari berkaitan hidupan liar, meninggal dunia hari tersebut akibat disengat seekor ikan pari di kawasan Great Barrier Reef.

Irwin, 44, dipercayai menemui ajal kerana jantungnya tertusuk duri ikan itu ketika melakukan penggambaran bagi satu siri televisyen di Batt Reef, berhampiran Low Isles, kira-kira 32 batu nautika dari Port Douglas, di utara Queensland.

Jurucakap perkhidmatan ambulans Queensland berkata, sebuah helikopter melakukan penerbangan kecemasan ke sebuah pulau di kawasan itu pada kira-kira pukul 11 pagi ini.

Katanya, walaupun seorang doktor dan anggota paramedik memberi rawatan yang sewajarnya, namun mereka gagal menyelamatkan nyawa penangkap buaya itu.

Irwin disahkan meninggal dunia di pulau berkenaan dan mayatnya diterbangkan ke Cairns.

Profesor Geoff Jones dari Jabatan Biologi Samudera, James Cook University berkata, kejadian itu adalah sesuatu yang luar biasa dan ada kemungkinan Irwin meninggal dunia akibat tusukan duri ikan itu.

?Ia umpama ditikam dengan bayonet. Jika ia dibiarkan di situ, mangsa tidak akan mati, tapi jika ia ditarik, disurung dan ditarik berkali-kali, saya rasa mangsa akan mati akibat kehilangan banyak darah,? katanya.

Irwin terkenal di seluruh dunia kerana minat dan kebolehannya menjinakkan haiwan ganas.

Mendiang juga pernah berlakon dalam beberapa filem dan bertanggungjawab memajukan sebuah taman hidupan liar di Zoo Australia, di utara Brisbane, yang diasaskan ibu bapanya Bob dan Lyn Irwin.

Irwin dan isterinya Terri mempunyai sepasang cahaya mata, Bindi Sue Irwin, 8, dan Robert (Bob) Clarence Irwin, 3. Nahas itu berlaku ketika Irwin sekeluarga melakukan pengembaraan di Tasmania.

? Bernama

Pengajaran : Dah bagus macam mana sekali pun kita kena berhati2. kalau kelaut atau masuk hutan, berhati2. tak kira lah pandai berenang macam mana sekali pun, pastikan alat keselamatan diutamakan. life jaket dan pelambung keselamatan ada dan masih berkeadaan baik.