Friday, December 18, 2009

jenis-jenis perambut pancing














perambut kurau...




Pancing.net

Thursday, December 3, 2009

bapak kerapu aka kertang....

ini betul2...bukan cobaan.......


Wednesday, December 2, 2009

cadangan ke pulau bunting kedah

setelah ramai kawan2 ak tamat blajar ,kami semua plan nk ke pulau bunting,kedah
sapa yg bpengalaman area sana harap leh tolong bg tips2 anda ye,,,hehehhehee
tolong2....kalo nk join pon boleh....no hal.....jom...new year trip ke...amcm?
daripada melepak x tentu hala mlm new year baik g mancing pon sodap.....

Tuesday, November 17, 2009

cara ikat gewang(rapalla)



next....lure...

Sunday, November 15, 2009

jambatan pulau pinang...some tips and info kepada pemancing yg nk ke penang bridge

a'kum semua,saya ni bukanlah taiko penang bridge,tapi saya dah start mengail kat situ dari umur 12thn lagi(sekarang dah 28),bagi saya hari hari yang terbaik untuk memancing di sana adalah pada hari air pasang besar dan air mati.tiang yang menjadi rebutan orang orang sana adalah tiang tiga sebelah perai,tiang 82,33 dsb.tiang tiang tu air dalam berbanding lain lain tiang,kalau nak pi bagitau pilot bot nak pi tempat yang dalam,satu lagi tips,jangan pi tiang yang orang tengah piling,memang takdak ikan dan bising.tiang tiga pulak yang palatnya,member member pilot bot selalu dah booking,nak tau macam mana,kalau kita bagitau kat pilot nak pi sana,walau seawal mana pun kita ada kat pengkalan,dia akan bagi macam macam alasan,ada orang lah,air surut lah apa lah,kalau dia bagitau macam tu,eloklah kita pi tiang lain,lagi satu sebabnya tiang tiga ni tinggi,kalau air surut memang tak boleh nak panjat,pernah sekali masa saya pi ,saya terjatuh dalam laut sebab silap budget,nasib baik masa tu tengah nak balik
disarankan kalau nak pi sana bawaklah banyak batu ladung saiz sederhana dan besaq,banyak karang dan bubu,air kalau tengah pasang atau surut,arus memang laju,takut ladung tak sampai bawah,cecah tanah angkat dalam sedepa atau setengah depa,bergantung pada perambut(pandai pandai sendiri lah)perambut tak perlu panjang gila macam nak pi ke tengah laut,cukuplah seminimun sekaki dan maksimum sedepa,kalau lebih tak rasa ikan tarik,sedar sedar dah masuk lubang,putussss.....putih mata
mata kail tak payah pakai besaq besaq macam nak tangkap ikan jaws,saiz 13,14 atau 15 brand mustad atau brand lain yang sama saiz(lain brand lain nombor,agak agak sendirilah)perambut pulak bagi saya memadailah pakai tangsi dalam 15-20lbs,tak payah fancy fancy sangat,memadailah pakai jenis bloodknot atau reverse twist bloodknot(rujuk www.joranbh.com)batu ladung hidup juga digalakkan kalau nak memburu semilang@yang makan bawah.steel tidak di galakkan kerana kebarangkalian nak sangkut memang tinggi,so kalau sangkut taklah dok menyumpah sana sini.lain lain aksessori yang perlu seperti gancu,penyauk atau fish gripper yang panjang memang sesuatu yang mesti(salah satu la)jangan lupa mata apollo sabiki saiz yang paling kecik,bolehlah cari anak bilis@tamban yang sememangnya tak pernah kurang sama ada nak buat lauk atau livebait
umpan yang sesuai kat sana livebait lah,udang atau anak anak ikan,tapi tak boleh nak kata jangan pakai umpan lain,pernah saya menaikkan jenahak dengan memakai perumpun saja,member member lain pernah gak bawak naik ikan'a' pakai umpan market atau tesco.ikut mood ikan lah......spesis yang lazimnya jadi buruan seperti jenahak@tanda,senangin,talang,merah....yang selalu dok makan umpan gelama,duri,BELUKANG,ketuka,gerut gerut......yang tak disangka sangka nak makan umpan semilang,daun baru,yu stupid,dracula..tapi jarang jarang lah,kalau nak mengail kerapu kena tunggu time air antara nak pasang atau surut,time tu air hampir tak berarus,so dia aktif sikit,pakai belanak potong,tak guna pakai sekoq,mati gak kalau rendam lama
akhir sekali jangan lupa bawa makanan,lazimnya kalau orang memancing kat situ 8 jam sama ada siang atau malam,bukan ada kedai nasi kandaq kat tiang tu,jadi perancangan teliti amat perlu,kalau bijak baca air,satu advantage....tambang pulak dulu kalau dekat rm5,jauh rm10 la ni dekat rm 10,jauh rm 15-20 seorang.ambik bot di batu uban berhampiran pengkalan jabatan laut dan pengkalan polis merin,kat tempat nelayan,kalau tak tau tanya orang,jangan berat mulut....selamat memancing

Saturday, November 14, 2009

umpan dan persediaan pancing pantai...

1. Umpan untuk kegunaan memancing di pantai boleh disenaraikan seperti berikut:

i) Udang segar (hidup lebih baik).

ii) Perumpum sarang/pantai.

iii) Hirisan ikan (kembung, selar, selayang).

iv) Sotong pasar (cumit sesuai).

v) Sotong kurita.

vi) Anak ikan belanak.

vii) Ikan muara seperti beliak mata, selangat, bilis air, bulu ayam, rencang rebung dan kasai.

viii) Ketam angin/anak ketam batu.

ix) Roti untuk umpan belanak besar.

x) Roti canai/daging ayam untuk ikan kuku.

xi) Siput, kerang, kupang dan isi cengkerang lain.

2. Saiz batu ladung boleh menentukan jarak baling. Tetapi pastikan batu yang digunakan dapat ditampung oleh hujung joran ketika lontaran dibuat. Jika tidak, hujung joran mudah patah ketika permulaan lontaran. Saiz batu juga boleh ditentukan melalui keadaan pasang surut serta permukaan. Bermula nombor 8 hingga 12 adalah saiz yang lumrah digunakan pemancing pantai. Pilih batu jenis lonjong memanjang supaya ia kurang memberi rintangan angin dan arus.

3. Perambut mulakan dengan 20 hingga 60 paun bergantung kepada kekuatan tali utama, saiz mata kail, kapasiti kekili dan kekuatan joran yang digunakan. Pilih warna cerah dengan panjang perambut antara 1 hingga 2 kaki. Kalau memancing ikan bebulus di pantai perambut setengah kaki dengan kekuatan 12 paun amat sesuai.

4. Kunjungi pantai ketika keadaan air yang kurang gelombang dan berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (jika air terlalu jernih, ikan biasanya kurang galak memakan umpan).

5. Waktu terbaik ialah ketika air pasang penuh. Ketika itu, ikan akan merapat ke pantai. Pada sebelah malam pula, ikan lebih efektif daripada siang. Secara ringkas waktu paling sesuai ialah lewat petang hingga sebelum fajar. Terbaik ialah lepas solat Maghrib hingga sebelum habis waktu Subuh. Sebagai tambahan, menggunakan joran panjang tidak kurang 10 kaki (3.5 meter) adalah satu kelebihan. Kekili jenis terbuka dan gegendung jenis panjang sesuai jika pemancing berhajat membuat lontaran lebih jauh.

Tuesday, November 10, 2009

umpan lee koh...try le...

bro kalau lee koh ni biasa saya guna ramuan ni
1. dedak BOM cap kepala burung helang warna coklat
2.keropok jajan ROTA perisa udang
3. Biskut MERY yang bulat tu sedap dimakan cicah kopi
4. DedAK ikan bilis alah yang berketul2 kecil (bukan mcm pallet)
cuba la...... gaul ramuan tu kasi lembik sikit.......so bila leekoh tu cuit terus shoot............k
selamat mencuba

Sunday, November 8, 2009

Umpan tapa Buatan Malaysian...terbaik untuk pancing baung dan lampam

Bahan-bahannya.....

1. Perut ayam (potong-potong dalam 2-3 cm)
2. Minyak kelapa (kalau boleh masak sendiri pakai santan - nak jimat kos )
3. Telur itik 2-3 biji ( hanyir dia menawan kalbu )
4. Kelapa parut
5. Beras digoreng tanpa minyak sampai hitam
6. Hati ayam blender sampai hancur
7. Ajinomoto dan sewaktu dengannya peket kecik harga 0.30 sen
8. Tempoyak sikit dalam 1 senduk kecil,bagi masam skit.

Cara-caranya :

cari bekas/botol kaca jgn pakai plastik takut pecah,masukkan kesemua adunan tadi serentak dan biarkan di atas satu hari satu malam(berembun) jgn tutup penutup,pastu tutup balang tu dan simpan dalam stor atau tanam dalam tanah takut bau.simpan sekurang2nya dalam 1 minggu.nak power dalam 1 bulan.tapi teman selalu dalam 1 minggu aje.Ini resepi turun temurun orang di bota,perak.Cuma tambahan ajinomoto aje. selalunya letak dalam bubu.

p/s : kalau nak lagi power lebihkan telur itik tu.bau dia lagi kuat dari telur ayam dan hanyir.Minyak kelapa jangan banyak,cukup sekadar basah sahaja.

Bila mancen pakai mata tunggal atau kembar . saiz mata no 9-11 dan lilitkan aje perut yang reput tu kat mata kail hingga mata kail tak nampak.Itu umpan killer lampam tu.Perut jgn basuh tau biarkan serodak beras tu ada skali.Baung pun teman selalu dapat setiap kali mancen pakai umpan nie.tak pernah mengecewakan lagi.kalau lampam memang leh buat kenduri.


by pancing.net

Friday, November 6, 2009

bang aji...hehehehhe..tgk sampai habis..heheheee

senarai kedai pancing

Penang

1. Hwa Tat Enterprise
4613, Chain Ferry Road, Butterworth, Penang
Tel: 04-331 4495

2. Zatshen
470, (Ground Floor) Beach Street, Penang
Tel: 04-261 4423

3. L.E. Chong
435, Beach Street, Penang
Tel: 04-263 5813, 263 1810


Kedah Darul Aman

1. T.A.T Sport Fishing Centre
82, Kawasan Perusahan Tandop Baru, Jln Lecong Barat, Alor Setar
Tel: 016-426 8788

2. Soo Tong Huat
9, Jalan Dulang, Sg. Yan, Yan, Kedah
Tel: 012-558 6485

3. Surecatch Fishing Centre
No. 7, Lebuh Zamrud 1, Taman Pekan Baru, Sg Petani, Kedah
Tel: 04-425 3386


Perlis

1. Teng Ho Enterprise
No. 24, Jalan Kapitol, Off Jalan Penjara, Kangar
Tel: 04-976 3219

Saturday, October 31, 2009

odeng2.....sg kerian

Tuesday, October 27, 2009

umpan hidup

jenis2 umpan hidup

1.anak ikan(ikan seluang,belanak,kembung dll)

target utama:siakap,toman,kerapu,jenahak,pari,alu2,tenggiri,dll

2.udang

target utama:siakap,senangin,kerapu,kebanyakkan ikan mkn udang..termasuk udang galah...

3.cacing(umpun2,cacing tanah)

target utama:keli,semilang,talapia,tanda,puyu dan sbgainya...


4.belalang

target utama:haruan,rohu dan sbgainya

5.katak

target utama;haruan

6.cicak(ada ke org brani guna ni?)

target utama:toman

7.sotong

target utama:kerapu,jenahak,senangin,merah dan lain2..
8.siput atau kerang

target utama:ikan yg bersesungut mcm ikan duri ikan belukang gelama pon boleh..

9.umpan anak itik dan anak ayam ada org buat gak..mancing toman..takot ak bayangkan...

10.ulat(ulat lundi,ulat rumbia..dan mcm2 lg ulat)

target utama:ikan bersisik spt rohu,lampam,talapia

11.lipas

target utama:patin


target utama:
12.kelkatu

target utama:betuk(puyu),talapia,lampam,ikan bersisik..

13.lipan

terget utama:arowana(kelisa)

to be continue......nanti sambung umpan tiruan plak

Sunday, October 25, 2009

barramundi by utara anglers

sapa pnah mkn ikan ni??sedap ke ikan kelah ni...

Friday, October 23, 2009

hang tuah kantoi...

Tuesday, October 20, 2009

lumayan...siakap putih di jala hidup2...barramundi caught on castnet

siakap 3 rasa....di jala cm 2 je...

menjala siakap putih..barramundi

memancing lintah....pergghhhh..must see...

Monday, October 19, 2009

Berjemur di bawah sinaran matahari Tanjung Piandang





inilah sinaran matahari yg sgt2 menghangitkan...



keadaan batu yg sgt membahayakan....hehehe...



menuggu mangsa yg x tiba2..


batu bharga rm 1 sbijik..



ni pon mangsa yg menuggu mangsa...hehehe..

hasilnya hanya anak2 gelama dan ikan duri blambak2..dan ikan kbangaan wan,ikan gelama pisang....bnyk ikan tp semua kecik2...malu nk tanjuk...yg besaq pon duri ngan gelama pisang 2 jek...


lepas selesai memancing.....hehehe....


mengoperate keta wan,dan ak menjadi mekanik bidan terjun...main taram je...hantam2 tp tgu..result nya next posting....ni serba sdikit gambaq time operation di jalankan..











tunggu....hasilnya....

Friday, October 16, 2009

wanted....please give info..







ada sesapa nk jual rim oz racing pcd 100???
tolong bg lokasi anda dan harga yg ditawarkan...
harap dapat membantu...urgent...or call me 0194241734

Thursday, October 15, 2009

belajar cara2 mengikat tali pancing





























Wednesday, October 14, 2009

HIJAU BUMI TUHAN..AIR TERJUN BATANGSI.....

1

INILAH AIR TERJUN BATANGSI YANG DI GEMBAR-GEMBURKAN DI DLM PANCING.NET
2





SUASANA AIR TERJUN YG AMAN DAMAI TANPA GANGUAN HIRUK PIKUK KOTA...TENANG JE..



3



RUPA MUKA BUMI BATANSI YG SGT MENCABAR.....

4



TU DIA...AHLUL PANCING.NET..MENONGKAH ARUS...
5

JORAN TETAP DIGENGGAM WLAU APA TJADI..HEHEHHEE

6


NI LAGI SEMNGAT PEMANCING TEGAR...
7


SEKALI PANDANG MC BAJU PUTIH SORANG JE..RUPANYA DH ADA YG DI DEPAN 2..PAKAI JAKET CM2 X CAM DH MANA 1 ORG MANA 1 BATU..HEHHEHE

8

YEAH...REHAT UNTUK BERGAMBAR SEKETIKA...
9


10


ASAL GELAP JE NI...DH MLM KE?
11



SETTING SETTING...AKTIVITI AKAN BERMULA SBENTAR LAGI...




12

JAMPI MATA KAIL DULU 2...HEHEHHEE
13


AKSI2 MENJEJAK SANG TENGAS PON BERMULA DGN MASING2 MENGAMBIL PORT TERSENDIRI......




14


BGAYA DGN BAJU P.NET

15


SEDANG MELUAHKAN PERASAAN STELAH TERLEPAS IKAN BESAU KATANYA...

16


BESAU NI KE YG TERLEPAS TD???


17

NAMPAK X??POSING BSAMA TANGKAPNYA....
18


MASING2 MENUNJUKKAN BAKAT BERPOSING...


19



20



ADAKAH IKAN INI AKAN DI PANGGANG DGN LIGHTER CRICKET NI????
21



22

BAUNG AKAR...XPENAH TGK DAN X PENAH MKN LG..






23

CHAMPION TRIP KALI NI...SEDANG LEKA BERENANG...MLM NT JADI LAUK LA KAU...HEHEHHEE


24

ANTARA HASIL2 YG DI PEROLEHI....


HEHEHEHE..ITULAH ANTARA HASIL2 TRIP KE BATANGSI...KALO XDPT IKAN DPT LEPAK DAN MANJAKAN DIRI DGN KHIJAUAN ALAM SEMULAJADI PON CUKUP LA....BEST 2...SAPA2 NK JOIN???KOMEN LA...BOLEH BUAT TRIP SKALI LG...

copyright; Pancing.net

Monday, October 12, 2009

Sepetang di Sungai Congkak,geng Mecha 2 (GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE)




Ahli2 yang terlibat...Aku, Epi, Faiz, Dinie, Mieja, Bowgart, Faizol, Yuzwan,Ezmar aka abg tough,Adlisham aka isse aka bekkkk..(sekali tukang amek gambaq-Syukri aka Syuk)


Aktiviti di set secara mengejut oleh En.Bowgart..(malam2 baru nk cakap...apa da..)

NI HA... EN.BOWGART DGN SEORANG rakan abg tough..EHH SILAP MOHAMMAD SYUKRI MAT DIAH..SORI...


Perjalanan kami bermula pada pkol 2 ptg dsbabkan kurang persediaan dan kurang ayam dan mcm2 lagi kurang...setelah merempit hampir 30 minit,kami pon sampai ke destinasi pada pkol 2.30 ptg..(agak jer ni..)

setelah penat berjalan kaki meredah hutan dan jalan tar...serta berjumpa dgn beberapa spicies manusia yg sedang mabuk di landa asmara..kami pon sampai ke port yg di syaki......


INILAH GAMBAR TERBAIK YG DAPAT DI RAKAM....belek2 tgk,kot2 ada hantu...




NI 2 EKOQ MALAUN TENGAH KOMPLOT NK SOROK AYAM...(BOWGART N YUZWAN)

ayam yg belum di perap dan seekor kambing yg belum di sembelih sedang mencangkung menunggu giliran utk dikorbankan...hehehehe..lwk ja jgn marah..Adlisham..bekkkkk..hensem jugak ye mamat ni..hehehe..



Inilah dia....bahan telah tersedia dan menanti untuk di BBQkan......cayalah..lapaq2...



upacara menghidupkan api yg dh mati....sambil di perhati oleh supervisor(abg tough)


nampak gayanya bara telah tersedia dan menanti ayam untuk di panggang...abg tough ckp belum lg la...biar semua merah membara..


yeahh dgn muka gembira dan paling hepy skali...kuasa angin dari dalam en. faizol berjaya....




En faizol lagi....lagi2...


okeh..ready nk BBQ...


entah mamat mana ni..hensem btol...hensem kan2..hehehee




NI AK PUNYA..TONGKENG NI AK PUNYA..NI PON AK PUNYA..WEHH NI BOWGART PUNYA LA...FAIZOL PUNYA MANA?WEHH AYAM ADA LAGI..JGN RISAU...AGAK2 ARR YUZWAN..KO DH BERAPA KETUL..MCM RIMAU LA KO NI...AIKKKK AJAIB..MANA AYAM?
HEHEHE..GAMBAR AYAM YG DAH SIAP XDPT DIRAKAM KERANA SEMUA X TERPIKIR NK AMEK GAMBAR..SEMUA KEBULUR.....

NI JE YG ADA..BERSAMA BEKK





muka2 yg dah kenyang...jom mandi...ke blom kenyang ni?nk lg???


inilah sebuah artifak yg berjaya di temui di sg congkak...

TUGU KERAJAAN CONGKAK....


AKTIVITI MENANGKAP IKAN TENGAS..GUNA JARING BBQ...HEHEHEHE



NI LAGI....dah macam nk main rugby je 2...faizol mana???


inilah hasilnya....tengas ke??sapa2 tolong pebetui kalau salah..heeheehee..mcm ikan lampam je..xtau la...ikan darat ni kureng sikit...


tepat jam 5.32 ptg,kami pon angkat kaki sbb takot gelap..tp xpuas lg la...kan2...nk cari ikan besau2 sikit la...
(updated)jgn marah na syuk..slmt hari raya..maaf zahir batin,,,,
ADA YG BERMINAT NK JOIN???HUBUNGI EN.BOWGART...