Thursday, December 3, 2009

bapak kerapu aka kertang....

ini betul2...bukan cobaan.......


Wednesday, December 2, 2009

cadangan ke pulau bunting kedah

setelah ramai kawan2 ak tamat blajar ,kami semua plan nk ke pulau bunting,kedah
sapa yg bpengalaman area sana harap leh tolong bg tips2 anda ye,,,hehehhehee
tolong2....kalo nk join pon boleh....no hal.....jom...new year trip ke...amcm?
daripada melepak x tentu hala mlm new year baik g mancing pon sodap.....

Tuesday, November 17, 2009

cara ikat gewang(rapalla)



next....lure...

Sunday, November 15, 2009

jambatan pulau pinang...some tips and info kepada pemancing yg nk ke penang bridge

a'kum semua,saya ni bukanlah taiko penang bridge,tapi saya dah start mengail kat situ dari umur 12thn lagi(sekarang dah 28),bagi saya hari hari yang terbaik untuk memancing di sana adalah pada hari air pasang besar dan air mati.tiang yang menjadi rebutan orang orang sana adalah tiang tiga sebelah perai,tiang 82,33 dsb.tiang tiang tu air dalam berbanding lain lain tiang,kalau nak pi bagitau pilot bot nak pi tempat yang dalam,satu lagi tips,jangan pi tiang yang orang tengah piling,memang takdak ikan dan bising.tiang tiga pulak yang palatnya,member member pilot bot selalu dah booking,nak tau macam mana,kalau kita bagitau kat pilot nak pi sana,walau seawal mana pun kita ada kat pengkalan,dia akan bagi macam macam alasan,ada orang lah,air surut lah apa lah,kalau dia bagitau macam tu,eloklah kita pi tiang lain,lagi satu sebabnya tiang tiga ni tinggi,kalau air surut memang tak boleh nak panjat,pernah sekali masa saya pi ,saya terjatuh dalam laut sebab silap budget,nasib baik masa tu tengah nak balik
disarankan kalau nak pi sana bawaklah banyak batu ladung saiz sederhana dan besaq,banyak karang dan bubu,air kalau tengah pasang atau surut,arus memang laju,takut ladung tak sampai bawah,cecah tanah angkat dalam sedepa atau setengah depa,bergantung pada perambut(pandai pandai sendiri lah)perambut tak perlu panjang gila macam nak pi ke tengah laut,cukuplah seminimun sekaki dan maksimum sedepa,kalau lebih tak rasa ikan tarik,sedar sedar dah masuk lubang,putussss.....putih mata
mata kail tak payah pakai besaq besaq macam nak tangkap ikan jaws,saiz 13,14 atau 15 brand mustad atau brand lain yang sama saiz(lain brand lain nombor,agak agak sendirilah)perambut pulak bagi saya memadailah pakai tangsi dalam 15-20lbs,tak payah fancy fancy sangat,memadailah pakai jenis bloodknot atau reverse twist bloodknot(rujuk www.joranbh.com)batu ladung hidup juga digalakkan kalau nak memburu semilang@yang makan bawah.steel tidak di galakkan kerana kebarangkalian nak sangkut memang tinggi,so kalau sangkut taklah dok menyumpah sana sini.lain lain aksessori yang perlu seperti gancu,penyauk atau fish gripper yang panjang memang sesuatu yang mesti(salah satu la)jangan lupa mata apollo sabiki saiz yang paling kecik,bolehlah cari anak bilis@tamban yang sememangnya tak pernah kurang sama ada nak buat lauk atau livebait
umpan yang sesuai kat sana livebait lah,udang atau anak anak ikan,tapi tak boleh nak kata jangan pakai umpan lain,pernah saya menaikkan jenahak dengan memakai perumpun saja,member member lain pernah gak bawak naik ikan'a' pakai umpan market atau tesco.ikut mood ikan lah......spesis yang lazimnya jadi buruan seperti jenahak@tanda,senangin,talang,merah....yang selalu dok makan umpan gelama,duri,BELUKANG,ketuka,gerut gerut......yang tak disangka sangka nak makan umpan semilang,daun baru,yu stupid,dracula..tapi jarang jarang lah,kalau nak mengail kerapu kena tunggu time air antara nak pasang atau surut,time tu air hampir tak berarus,so dia aktif sikit,pakai belanak potong,tak guna pakai sekoq,mati gak kalau rendam lama
akhir sekali jangan lupa bawa makanan,lazimnya kalau orang memancing kat situ 8 jam sama ada siang atau malam,bukan ada kedai nasi kandaq kat tiang tu,jadi perancangan teliti amat perlu,kalau bijak baca air,satu advantage....tambang pulak dulu kalau dekat rm5,jauh rm10 la ni dekat rm 10,jauh rm 15-20 seorang.ambik bot di batu uban berhampiran pengkalan jabatan laut dan pengkalan polis merin,kat tempat nelayan,kalau tak tau tanya orang,jangan berat mulut....selamat memancing

Saturday, November 14, 2009

umpan dan persediaan pancing pantai...

1. Umpan untuk kegunaan memancing di pantai boleh disenaraikan seperti berikut:

i) Udang segar (hidup lebih baik).

ii) Perumpum sarang/pantai.

iii) Hirisan ikan (kembung, selar, selayang).

iv) Sotong pasar (cumit sesuai).

v) Sotong kurita.

vi) Anak ikan belanak.

vii) Ikan muara seperti beliak mata, selangat, bilis air, bulu ayam, rencang rebung dan kasai.

viii) Ketam angin/anak ketam batu.

ix) Roti untuk umpan belanak besar.

x) Roti canai/daging ayam untuk ikan kuku.

xi) Siput, kerang, kupang dan isi cengkerang lain.

2. Saiz batu ladung boleh menentukan jarak baling. Tetapi pastikan batu yang digunakan dapat ditampung oleh hujung joran ketika lontaran dibuat. Jika tidak, hujung joran mudah patah ketika permulaan lontaran. Saiz batu juga boleh ditentukan melalui keadaan pasang surut serta permukaan. Bermula nombor 8 hingga 12 adalah saiz yang lumrah digunakan pemancing pantai. Pilih batu jenis lonjong memanjang supaya ia kurang memberi rintangan angin dan arus.

3. Perambut mulakan dengan 20 hingga 60 paun bergantung kepada kekuatan tali utama, saiz mata kail, kapasiti kekili dan kekuatan joran yang digunakan. Pilih warna cerah dengan panjang perambut antara 1 hingga 2 kaki. Kalau memancing ikan bebulus di pantai perambut setengah kaki dengan kekuatan 12 paun amat sesuai.

4. Kunjungi pantai ketika keadaan air yang kurang gelombang dan berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (jika air terlalu jernih, ikan biasanya kurang galak memakan umpan).

5. Waktu terbaik ialah ketika air pasang penuh. Ketika itu, ikan akan merapat ke pantai. Pada sebelah malam pula, ikan lebih efektif daripada siang. Secara ringkas waktu paling sesuai ialah lewat petang hingga sebelum fajar. Terbaik ialah lepas solat Maghrib hingga sebelum habis waktu Subuh. Sebagai tambahan, menggunakan joran panjang tidak kurang 10 kaki (3.5 meter) adalah satu kelebihan. Kekili jenis terbuka dan gegendung jenis panjang sesuai jika pemancing berhajat membuat lontaran lebih jauh.